Wednesday, November 9, 2011

sekadar coretan kerinduan..

rindu...
tika dan saat ini itulah yang ku rasakan
perasaan yang sukar untuk aku dustakan
kepadamu insan yang kerap bermain di minda


perasaan ini kian meluap-luap
membara dan mencengkap jiwa
jauh di dasar hati ini
betapa hatiku meraung2 lantaran kerinduan yg x dapat dibendung


aku akui aku seorang yang ego
tetapi tembok keegoanku bisa tumbang
lantaran penangan rindu yang ku rasakan
namun
aku sedar
aku hanyalah gadis biasa
yang tiada rupa dan banyak kekurangan
tiada keistimewaan dan daya penarik
tiada apa2 yang boleh mencairkan hati lelakimu
dan aku tahu
kau sudah nyatakan sejelas-jelasnya
bahawa urusan jodoh kau tolak ketepi
lantaran cita-cita dan impianmu
maka haruskah aku
terus mengejar bayangmu??


di saat ini
hanya gambarmu yang mampu kutatap
kerna tiada sebarang khabar kuterima darimu
untuk aku memulakan bicara
tidak mungkin ku rasakan terjadi
kerana aku sedar siapa aku
tidaklah aku mahu digelar nanti
si timba mencari perigi
jadi
biarkanlah aku terus merindu
walau hingga ke akhir hayat ini
ibarat pungguk yang rindukan sang rembulan
yang jauh di atas sana..

Wednesday, November 9, 2011

sekadar coretan kerinduan..

rindu...
tika dan saat ini itulah yang ku rasakan
perasaan yang sukar untuk aku dustakan
kepadamu insan yang kerap bermain di minda


perasaan ini kian meluap-luap
membara dan mencengkap jiwa
jauh di dasar hati ini
betapa hatiku meraung2 lantaran kerinduan yg x dapat dibendung


aku akui aku seorang yang ego
tetapi tembok keegoanku bisa tumbang
lantaran penangan rindu yang ku rasakan
namun
aku sedar
aku hanyalah gadis biasa
yang tiada rupa dan banyak kekurangan
tiada keistimewaan dan daya penarik
tiada apa2 yang boleh mencairkan hati lelakimu
dan aku tahu
kau sudah nyatakan sejelas-jelasnya
bahawa urusan jodoh kau tolak ketepi
lantaran cita-cita dan impianmu
maka haruskah aku
terus mengejar bayangmu??


di saat ini
hanya gambarmu yang mampu kutatap
kerna tiada sebarang khabar kuterima darimu
untuk aku memulakan bicara
tidak mungkin ku rasakan terjadi
kerana aku sedar siapa aku
tidaklah aku mahu digelar nanti
si timba mencari perigi
jadi
biarkanlah aku terus merindu
walau hingga ke akhir hayat ini
ibarat pungguk yang rindukan sang rembulan
yang jauh di atas sana..